Wednesday, September 9, 2009

Kisah Pak Hamid (Buta tapi Celik)

Ditengah-tengah kesibukan kota raya, dipenuhi rakyat Malaya yg sibuk kesana-sini. Tetapi ada seorang hamba Allah S.W.T telah dibuka hatinya untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Pak Hamid(bukan nama sebenar), beliau menetap tidak jauh dari kawasan Ibu Kota. kehidupan pak hamid bukanlah seperti kita semua yang normal, Pak Hamid juga mempunyai keinginan untuk bergerak seperti kita semua..
Dengan hanya bebekalkan sebatang tongkat, Pak Hamid tetap meneruskan usaha untuk bergerak jauh..Selepas Pak Hamid menjejak kaki di Masjid India, Pak Hamid telah mengeluarkan sebuah buku (Al-Quran) dan terus membacanya..Suara Pak Hamid yang begitu lunak & mendayu-dayu sampai menarik perhatian umum sehingga mereka terpaku seketika didalam masjid tersebut..
Aku mengungkap kisah Pak Hamid dengan niat aku ingin menyedarkan kalian semua betapa indahnya kitab suci Al-Quran ini dan aku juga ingin menunjukan bahawa mereka yang kurang bernasib baik seperti Pak Hamid pun mampu menyebutkan kalimah-kalimah Allah S.W.T berbanding kita semua yang mempunyai kehidupan yang sempurna(termasuklah diri aku sendiri)..."Buta hanya dimata sahaja tetapi celik dihati...."






1 comment:

AZIAH AZMEE said...

aku dlu ade gak ustaz cemni... nampak cm org buta. still can walk, ayat quran hafal.. pastu dalam kete still tao jalan.

miracles. now die dah meninggal.